Saturday, August 6, 2011

Memahami apa itu Stok IPO atau Stok Terbitan Awam



Ramai yang langsung tak tahu pasal saham bertanya kepada FY berkenaan dengan IPO atau Saham Terbitan Awam. Mungkin dengan membaca tulisan-tulisan skema berkenaan dengannya memeningkan kepala jadi FY mengambil keputusan untuk menulisnya secara santai untuk memudahkan kefahaman.

Jadi, apa itu IPO?

IPO adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris yang membawa maksud Initial Public Offer atau dalam Bahasa Malaysia ia dinamakan Saham Terbitan Awam.

Secara ringkasnya katalah FY dangan Azmi membuka satu syarikat Pembinaan bernama ABC Sdn Bhd. FY meletakkan modal RM10 Juta dan Azmi juga meletakkan RM10 Juta. Jadi pegangan saham kami ialah FY 50%: Azmi 50%.

Syarikat ABC Sdn Bhd ini membesar dan sekarang saham kami telah menjadi RM35 juta seorang. Kami mahu mengembangkan perniagaan tapi tak mahu meminjam bank. Kami memerlukan RM30 juta. Jadi kami boleh memilih untuk meminjam dari orang ramai dengan menerbitkan saham baru sebanyak RM30 juta untuk dibeli oleh orang awam.

Dalam hal ini nisbah pegangan saham itu telahpun berubah,
FY 35% : Azmi 35% : Awam 30%

Dalam hal ini FY dan Azmi sebagai pengarah syarikat masih mempunyai hakmilik syarikat ABC ini kerana pegangan saham yang melebihi 50 %.

Bila disenaraikan kelak syarikat kami tidaklah lagi berstatus Sdn Bhd tetapi berstatus BERHAD dan saham itu akan diapungkan untuk didagangkan di pasaran saham. Ini bermakna sekarang kita boleh membeli dan menjual saham syarikat ABC Berhad.

Kalau kami meminjam dari Bank jumlah RM30 juta itu maka kami perlu membayar kembali pinjaman tersebut ditambah dengan kadar faedah yang dikenakan tetapi bila kami menjual saham terbitan awam kami maka kami perlu memberinya dalam bentuk dividen bila syarikat kami menjana keuntungan.

Dalam ertikata lain kami meminjam modal dari orang ramai dan mereka menjadi sebahagian dari syarikat dengan saham yang mereka pegang dan pihak kami pula perlu memberikan dividen bila keuntungan dijana atas pelaburan yang mereka buat dalam syarkat kami itu. Seperkara lagi kami tak perlu membayar jumlah modal yang orang ramai laburkan itu kerana ia telah diapungkan dan kalau pelabur mahukan modal mereka kembali mereka boleh menjual saham syarikat ABC ini kepada pelabur yang lain. Secara dasarnya begitulah saham terbitan ini berfungsi.

Sekian dulu buat kali ini.

Semoga artikel ini membawa manfaat bagi anda. Nak tahu lebih lanjut hubungi FY.

Terima kasih…

greng70@yahoo.com
012 654 0130

PS     – Bukalah akaun saham dengan FY, banyak yang FY boleh kongsikan nanti.

 - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment