Monday, February 10, 2014

KAEDAH PEMILIHAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA

Assalamualaikum...

Dalam artikel kali ini pula FY akan berkongsi tetang bagaimana untuk secara ringkas memilih saham yang boleh membawa keuntungan. Sebenarnya banyak analisa yang perlu dilakukan sebelum membeli sesuatu saham itu tapi di sini FY meringkaskannya bagi kemudahan pelabur baru dalam pasaran.

Perkara penting yang anda perlu tahu ialah bukan semua saham itu sama. Analoginya sama sahaja kalau kita ingin membeli bawang, Kita perlu memilih mana satu yang baik danberkualiti dan bukannya yang busuk begitu juga dalam pelaburan saham kita perlu memilih yang mana satu yang baik dan yang boleh membawa keuntungan kepada kita.

BUAT PENYELIDIKAN

Ada pelbagai penyelidikan yang boleh kita buat baik dari sudut Ekonomi Makro, Ekonomi Mikro, Industri, Sektor juga dalam syarikat itu sendiri. Analisa Asas, Analisa Kewangan, Analisa Teknikal melalui carta pergerakan harga juga perlu dilakukan. Dalam hal ini kita juga perlu tahu keadaan ekonomi semasa dan apakah impaknya kepada harga saham yang bakal kita beli itu. Kita perlu tahu siapa pengarah-pengarah dalam syarikat tersebut, kedudukan kewangan, kedudukan hutang, berita terkini, rumors yang kedengaran dan sebagainya. Dari segi analisa teknikal pula kita perlu tahu akan stock behavior atau peragai pergerakan saham tersebut masa serta harga yang sesuai untuk membeli saham tersebut dan banyak lagi.

PERHATIKAN KEUNTUNGAN SYARIKAT

Pada FY perkara utama dalam pemilihan itu ialah samaada saham syarikat yang kita beli itu UNTUNG atau RUGI. Pilihlah saham yang punya kedudukan kewangan yang kukuh. Perhatikan EPS atau Earning Per Share serta PE Rationya. Kedua-dua petunjuk ini amat penting untuk kita buat perbandingkan antara syarikat. Kalau ada kesempatan mungkin FY akan huraikan mengenainya dalam artikel-artikel yang mendatang. Anda juga boleh datang ke seminar SuperInvestor yang FY anjurkan untuk mempelajari semua ini.

Dalam hal ini elakkan sahaja saham yang mengalami kerugian. Ini kerana terdapat banyak lagi saham-saham syarikat-syarikat yang untung yang boleh kita beli dan buat pelaburan. Saham-saham yang rugi ini FY namakannya saham Cap Ayam. Biarpun ia masih disenaraikan namun ia bukanlah syarikat yang bagus. Sesetengah syarikat ini telahmasuk dalam senarai PN 17 atau Practice Note 13 yang mana ada kemungkinan ia merupakan saham yang bakal bankrap dan dinyahsenaraikan. Jadi berhati-hatilah.

Analoginya mudah. Kalau kita ke pasar malam pandai pula kita memilih buah oren yang baik dan cantik. Tidak pula kita pilih yang tidak elok dan busuk. Namun kenapa dalam pasaran saham kita beli saham yang tak elok dan busuk? Masalah bagi kebanyakan pelabur ialah dia tak punya ilmu memilih saham yang elok dan cantik. Memilih saham yang tidak elok dan busuk hanya akan membawa kepada kerugian sebenarnya.

PERHATIKAN TEMA PASARAN

Sebenarnya ada banyak Tema dalam pasaran dan pasaran juga selalunya bergerak berdasarkan temanya. Tema Air, Tema GLC, Tema Getah, Tema Kayu Balak, Tema Oil and Gas, Tema Plantations, Tema Penny Stocks, Tema Blue Chips dan pelbagai lagi.

Tema Air akan melibatkan saham seperti Puncak, KPS, Jaks, Salcon dan sebagainya, Tema Getah pula melibatkan saham Harta, Supermx, Kossan, Rubberx, Adventa, IRCB dan yang lain dalam industri yang sama. Begitu jugalah yang lainnya.

Semasa Gempa Bumi di Kobe Jepun dimana banyak rumah-rumah yang diperbuat dari kayu dihanyutkan air maka kaunter-kaunter kayu balak seperti Jaya Tiasa dan Ta Ann akan meningkat naik kerana keperluannya yang meningkat. Semasa penularan penyakit berjangkit seperti H1N1 kedengaran pula maka harga syarikat-syarikat berkaitan getah pula yang naik kerana peningkatan jualan sarung tangan getah serta alat-alat yang berkaitan. Untuk pengetahuan anda Malaysia adalah pengeksport terbesar sarung tangan getah di dunia.

Mengetahui tema dan berada di hadapan wave atau ombak pasti akan membawa keuntungan kepada anda.

CARI FAIR VALUE

Analoginya di sini ialah untuk kita membeli kereta Mercedes pada harga kereta Kancil dan bukan sebaliknya membeli kereta Kancil tetapi pada harga kereta Mercedes. Maksudnya di sini ialah kita kena pastikan saham yang dibeli itu undervalue atau di bawah nilai.

Bagaimana untuk kita tahu yang harganya di bawah nilai dan sebagainya? Mudah sahaja, anda cuma perlu ke website I3Investor, di sana nanti anda cuma perlu mencari Fair value atau Target Price yang telah dianalisakan oleh penyelidik-penyelidik berkelayakan dari syarikat-syarikat Broker. Namun demikian harus diingat tidak semua saham diambil untuk tujuan penganalisaan. Selalunya hanya syarikat yang bagus yang bakal dianalisa.

NEWS DAN RUMORS

Buy on Rumor and Sell on News / Fact adalah antara perkara yang perlu diketahui di Bursa Malaysia. Selalunya bila saham itu masih dalam rumors maka membelinya merupakan satu tindakan yang baik, ini kerana bila beritanya keluar dalam akhbar dan sebagainya maka acapkali harga saham itu akan turun kerana pelabur yang membeli semasa ia berada dalam rumors kan mengambil peluang untuk menjualnya. Pun begitu impak berita yang bagus akan kelihatan di masa-masa mendatang dengan kenaikan harga saham-saham tersebut bilamana ia dibeli oleh institusi-institusi pelaburan kerana faktanya.

PEMBENTUKAN WATCHLIST

Langkah seterusya ialah pembentukan watchlist atau senarai saham-saham yang baik yang telah dianalisa. Saham-saham yang ingin anda buat pelaburan. Lagi banyak yang anda tahu mengenai sesuatu saham itu adalah lebih baik. Jadi ambillah masa untuk menyelidik dan mengenali saham-saham yang ada. Lambat laun anda akan tahu yang mana yang baik dan boleh dipilih untuk dimasukkan dalam senarai saham pilihan anda.

Ianya terpulanglah kepada anda samaada untuk membuat senarai 10, 20, 50 mahupun 100 sekalipun. Apa yang penting ialah untuk anda mengenali setiap saham-saham tersebut. Setelah itu anda boleh menggunakan watchlist ini untuk membeli dan menjual saham tersebut. Beli bila harganya rendah dan jual bila harganya mahal dan kaedah ini dinamakan Channeling. Pada FY ia adalah salah satu kaedah yang baik untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham. 

SIGNAL PEMBELIAN DAN PENJUALAN

Sekarang setelah anda punya senarai saham-saham yang baik dan kukuh persoalan yang tinggal ialah bila masa yang paling sesuai untuk membelinya serta apakah harga yang paling sesuai untuk berbuat demikian.

Disini pengetahuan dalam aspek analisa teknikal diperlukan. Pembacaan dan penganalisaan petunjuk atau indicator dalam carta-carta pergerakan harga saham akan dapat membantu ada mengenal behavior atau perangai saham-saham dalam watchlist yang telah kita bentuk terdahulu dari ini.   

Kebiasaannya strategi seorang Investor ialah untuk membeli pada Support sedangkan strategi seorang Trader ialah untuk membeli ketika Breakout. Seorang Trader selalunya punya strategi cut loss dan menjual saham tersebut sekiranya ia turun ke tahap-tahap tertentu. Mereka juga punya strategi Risk vs Reward dan sebagainya. Malangnya bagi yang tak punya ilmu ini maka strategi main agak-agak dan main tembaklah yang bakal digunakan.

SIMULASI

Sebelum terjun ke dalam dunia pelaburan ini mungkin melakukan simulasi terlebih dahulu adalah strategi yang baik. Ambil masa membeli dan menjual saham secara simulasi selama beberapa bulan. Buat back testing saham-saham yang anda beli itu untuk melihat apakah kesilapan yang perlu diperbaiki. Selepas mendapat teknik dan strategi yang sesuai dengan diri anda jadi anda telah siap sedia untuk memulakan pelaburan di Bursa Malaysia.

Ingatlah pelaburan saham ini bukanlah mudah dan ia mengambil masa untuk difahami dan dipelajari sebelum anda boleh menjana keuntungan darinya secara konsisten.

Sekian dahulu untuk kali ini. InsyaAllah FY akan sambung dengan tip-tip yang lain pula. InsyaAllah. Terimakasih kerana sudi meluangkan masa membaca. Semoga ia membawa manfaat kepada anda.  

Sekian dulu buat kali ini.

Ikhlas,

FY
016 6667430
www.faizalyusup.net
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Naib Presiden
Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia
Speaker
Smart Invest Roadshow anjuran Securities Commission

PS – Seminar Saham Super Investors yang seterusnya akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada hari Sabtu 26 Mac 2016 ini. Keterangan lanjut di www.seminarsaham.com.my

PSS – InsyaAllah FY akan ke menjalankan seminar lengkap basic dan advance di Kota Bahru, Kota Kinabalu, Johor Bahru dan Pulau Pinang dalam tahun 2016 ini supaya pelabur di luar sana tak perlu datang belajar personal coaching bersama FY di Kuala Lumpur.

PERKHIDMATAN KAMI

Buka Akaun CDS, CDS Islamic dan Trading

Sediakan photocopy IC dan Penyata Bank boleh datang ke pejabat atau melalui pos. Berikan nama penuh, alamat dan no hp ke talian 019 3346570 untuk urusan melalui pos.

Khidmat Nasihat Pelaburan Saham

Remisier dan dealer dalam team FY sentiasa berada di pejabat setiap hari bersedia untuk membantu anda baik untuk menjalankan urusniaga pelaburan mahupun bagi tujuan mendapatkan khidmat nasihat pelaburan saham.

Personal Coaching Pelaburan Saham

Personal Coaching live bersama FY, kelas FY dibuka SETIAP HARI waktu bekerja di The Curve, Mutiara Damansara. Dalam seminar ini pemilihan saham kaedah terkini IMANTAP serta TIMING yang betul akan dikongsikan. Inilah satu-satunya kelas personal coaching saham yang dibuka setiap hari waktu bekerja di negara ini.

Selepas kelas ini kami JAMIN anda akan boleh menjalankan urusniaga jual beli saham dengan penuh keyakinan tanpa keraguan lagi. Kalau anda masih buta dan tak yakin melabur walaupun telah membaca 1001 buku saham atau telah menyertai 1001 seminar saham maka datanglah ke kelas personal coaching ini. Percayalah mata ada akan celik dan keyakinan melabur akan menjadi milik anda selepas kelas ini nanti! Itu FY janji!

Anda cuma perlu menghubungi pihak kami bagi menempah slot anda.

Sesi Personal Coaching bersama FY diadakan pada ;

 
SETIAP HARI WAKTU BEKERJA
Jam 9:30 pagi hingga 5:30 petang

di Pejabat kami ;
Kenanga Investment Bank Berhad
240 Tingkat 2, The Curve
Mutiara Damansara

Untuk Semua Investor dan Trader di Bursa Malaysia Newbie mahupun yang 
berpengalaman.
Lunch disediakan.
Yuran RM900.00 seorang untuk sesi sehari.
Untuk membuat tempahan hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

Jemputlah datang! Ia pasti berbaloi dan bakal menjadikan anda seorang pelaburyang bijak dan berhemah.

Group FY di FB dan WhatsApp

Pelabur yang membuka akaun dengan FY di Kenanga Investment Bank akan dapat menjadi ahli Group FY di WhatsApp dimana forum pelaburan dijalankan setiap hari.

Woksyop Analisa Teknikal

Seminar untuk Trader jangkamasa pendek yang ingin buat duit setiap hari di Bursa Malaysia dengan kaedah Analisa Teknikal. Meramal pergerakan harga saham dengan menganalisa carta pergerakan harga menggunakan indikator-indikator pasaran. Diadakan dari masa ke semasa. Nantikan pengumuman tarikhnya dalam blog ini.

Seminar Saham Super Investors

Seminar basic overview pelaburan saham yang lengkap. Dari pelaburan Primary Market kepada Secondary Market. Dengan pelbagai pencerahan, analisa, startegi, rahsia-rahsia dan banyak lagi bagi membuka horizon memulakan portfolio pelaburan di Bursa Malaysia.

Layari www.seminarsaham.com.my untuk mendapatkan kandungan seminar mahupun keterangan lanjut.

 
Ebook Investlah Percuma

Dapatkan ebook Investlah bernilai RM100.00 setebal 134 ms secara percuma bila anda menghubungi pihak kami.

 
Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO Awam
Harga Promosi cuma RM60.00 sahaja.


Ebook – Rahsia Buat Duit dengan IPO di MITI
Harga Promosi cuma RM50.00 sahaja.

 
HUBUNGI TEAM FY ;

Persoalan Mengenai Memulakan Portfolio Saham Dan Membuka Akaun CDS ;
Hubungi : En. Yasin Yunus - 019 3346570
Emel : yasinyunus2714@gmail.com

Persoalan Mengenai Seminar Saham ;
Hubungi : Puan Azila Ismail - 012 2511755
Emel : azilasmile@yahoo.com

Persoalan Mengenai Online Trading Dan Menjadi Seorang Trader ;
Hubungi : Sifu Zuhri Zain MSTA - 012 6290407
Emel : muhammadzuhri@gmail.com

Persoalan Asas Pelaburan Saham Serta Tempahan Personal Coaching ;
Hubungi : En. Abdullah Ramzi - 017 3730513
Emel : eizmar11@yahoo.com

LINK PERKHIDMATAN KAMI ;

Biodata Sifu Faizal Yusup
http://www.faizalyusup.net/2014/05/biodata-faizal-yusup-fy-yang-terkini.html
Apa Itu Saham?
http://www.faizalyusup.net/2011/03/apa-itu-saham-stok-ekuiti.html
Pelaburan Saham Di Bursa Malaysia
http://www.faizalyusup.net/2011/03/saham-di-bursa-malaysia-pelaburan.html
Saya Nak Melabur Saham Tapi…
http://www.faizalyusup.net/2011/02/saya-nak-melabur-saham-tapi.html
Pakar Rujuk Pelaburan Saham
http://www.faizalyusup.net/2014/08/pusat-sehenti-rujukan-pelaburan-saham.html
Kaedah Momohon Pink Form, IPO Awam, IPO MITI dan Private Placement
http://www.faizalyusup.net/2013/03/cara-memohon-pink-form-ipo-awam-ipo.html
Perbezaan IPO Awam Dan IPO MITI
http://www.faizalyusup.net/2012/05/perbezaan-ipo-miti-dan-ipo-awam.html
Ebook Panduan Lengkap Memohon IPO di MITI
http://www.faizalyusup.net/2012/12/ebook-super-investor-ipo-miti-tulisan-fy.html
Soalan Lazim Mengenai Permohonan IPO di MITI
http://www.faizalyusup.net/2012/04/soalan-lazim-mengenai-permohonan-ipo.html
Apa Itu Akaun CDS
http://www.faizalyusup.net/2012/04/apa-itu-akaun-cds.html
Membuka Akaun CDS
http://www.faizalyusup.net/2014/01/garis-panduan-membuka-akaun-cds-dan.html
Perkhidmatan Membuka Akaun CDS
http://www.faizalyusup.net/2012/04/perkhidmatan-membuka-akaun-cds-bursa.html
Panduan Membuka Akaun Online
http://www.faizalyusup.net/2014/02/panduan-lengkap-membuka-akaun-saham.html
Panduan Mencari Mentor Saham
http://www.faizalyusup.net/2014/02/penduan-mencari-mentor-saham.html
Modal Permulaan Melabur Saham
http://www.faizalyusup.net/2014/02/modal-permulaan-pelaburan-saham.html
Pulangan Keuntungan Melabur Saham
http://www.faizalyusup.net/2014/02/pulangan-keuntungan-melabur-di-bursa.html
Memulakan portfolio pelaburan saham
http://www.faizalyusup.net/2012/04/perkhidmatan-remisier-saham-di-bursa.html
Onlne VS Khidmat Remisier
http://www.faizalyusup.net/2014/02/panduan-memilih-khidmat-remisier-vs.html
Trader VS Investor
http://www.faizalyusup.net/2013/11/trader-dan-investor-di-bursa-malaysia.html
Menentukan Status Syariah Saham 
http://www.faizalyusup.net/2012/08/syariah-atau-non-syariah.html
Strategi Pelaburan Saham
http://www.faizalyusup.net/2013/11/strategi-pelaburan-saham-saham-income.html
Bermain Saham Secara Kontra
http://www.faizalyusup.net/2011/02/main-saham-kontra-untuk-keuntungan.html
Menjana Keuntungan Konsisten Dalam Bursa Malaysia
http://www.faizalyusup.net/2014/08/keuntungan-konsisten-di-bursa-malaysia.html
Panduan Pemilihan Saham 
http://www.faizalyusup.net/2014/02/panduan-memilih-saham-yang.html
Panduan Membeli Saham Penny Stocks
http://www.faizalyusup.net/2014/03/panduan-membeli-saham-saham-penny-stocks.html
Kejatuhan Mendadak Harga Saham
http://www.faizalyusup.net/2014/04/membongkar-kisah-kejatuhan-saham.html
Membaikpulih Portfolio saham
http://www.faizalyusup.net/2014/05/perkhidmatan-membaik-pulih-portfolio.html
Mencari Ilmu Pelaburan Saham
http://www.faizalyusup.net/2012/06/pentingnya-menghadiri-seminar-kursus.html
Woksyop BTX - Online Trader
http://www.faizalyusup.net/2014/07/woksyop-trading-made-easy.html
Personal Coaching
http://www.faizalyusup.net/2014/08/personal-coaching-bersama-faizal-yusup.html
Seminar Saham Super Investor
http://www.seminarsaham.com.my/
http://www.faizalyusup.net/2014/02/kelebihan-seminar-saham-super-investor.html
Testimoni Peserta Seminar Super Investor
http://www.faizalyusup.net/2014/02/testimoni-peserta-seminar-super.html
Seminar SuperTech Investor
http://www.faizalyusup.net/2014/02/jemputan-ke-kursus-supertech-investor.html
Seminar SuperTrader
http://www.faizalyusup.net/2014/01/jemputan-ke-seminar-supertrader.html

FOLLOW FY di Twitter – twitter.com/afaizalyusup
ADD FY di Facebook - www.facebook.com/faizalyusupii
LIKE Page FB FY – www.facebook.com/SeminarSuperInvestor
SUBSCRIBE di www.faizalyusup.net bagi mendapatkan artikel-artikel TERKINI mengenai pelaburan saham.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.