Wednesday, October 5, 2011

Perihal Analis Teknikal





Bagi mereka yang menggunakan teknik Analisa Teknikal maka kita akan bergantung kepada carta. Di negara ini terdapat beberapa tempat yang mana kita boleh mendapatkan carta tersebut. 

Pertamanya anda boleh mendapatkannya dengan membuka akaun saham dengan broker yang menyediakan kemudahan tersebut seperti,
  • Kenanga Investment Bank Berhad
  • Hong Leong Investment Bank
  • RHB Investment Bank Berhad
  • OSK Investment Bank Berhad
  • dan lain-lain lagi.

Kemudian kita boleh juga mendapatkannya dengan bayaran tertentu daripada ;
  • Bursa Station
  • Nextview
  • Strait Index
  • dan lain lain lagi.


Ia lebih komprehensif di sini dan ianya baik untuk mereka yang menjalankan daily trade kerana ia menunjukkan carta real time. Namun demikian pada FY pasaran saham mestilah mempunyai volume sekitar 1.5 Billion bagi mendapatkan keuntungan menggunakan kaedah ini. Dagangan berjumlah lebih 1.5 Billion ini secara tak langsung menunjukkan pasaran berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

Akhir sekali anda boleh juga mendapatkannya secara percuma di laman ini ;

www.tradesignum.com

atau

www.chartnexus.com

Dua laman ini pula baik untuk mereka pelabur amatur atau beginner kerana ia dikemaskini secara harian.

Apapun kenalah cari ilmu analisa teknikal ini bagi memahaminya sebelum anda dapat menjalankan transaksi saham yang menguntungkan.

Itu sahaja buat kali ini. Sebarang pertanyaan hubungi FY.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.