Monday, October 3, 2011

Kejatuhan Pasaran Saham



Melabur di Bursa Malaysia
Tip # 6 - Faktor Kejatuhan Harga Saham

Saham-saham yang didagangkan di Bursa Malaysia terus-terusan merudum bermula pada penghujung tahun 2007 dari tahap tertingginya iaitu 1550 mata ke 800 mata iaitu kejatuhan sebanyak melebih 40% sebelum ia kembali meningkat kebelakangan ini. Kejatuhan kali ini tak sama dnegan kajutuah di tahun 1997 dahulu kerana sekarang Bursa telah meletakkan banyak “control measures” yang membantu Pasarana Saham.

Contohnya kalau dahulu mereka menggunakan sistem SCORE yang membolehkan pelanggan membeli saham tanpa had namun sekarang sistem BFE tidak membenarkan kita berbuat demikian. Kita kena meletakkan cagaran dan punya multiple yang tertentu yang dibenarkan dan ini secara tak langsung menghadkan kenaikan mendadak harga saham di pasaran. Dalam ertikata lain kita tak mungkin dapat melihat Super Bull Run yang berlaku di tahun 90 an dahulu.

Kalau dahulu bila pelabur asing masuk ia menyebabkan kenaikan harga saham dan bila mereka keluar, maka pada masa itu institusi kewangan tempatan juga melakukan perkara yang sama hingga menyebabkan pasaran saham menurun ke tahap 200 mata satu ketika dahulu. Inilah juga yang berlaku pada Pasaran Vietnam tahun yang lalu. Pelabur asing hanya mencari kelompongan pada pasaran saham mana-mana negara untuk dimanipulasi.

Apapun institusi tempatan telah belajar dari kesilapan ini dan sekarang mereka membeli tatkala pelaburasing menjual dan mereka menjual tatkala pelabur asing membeli dan ini menyebabkan pelaburan di Bursa Malaysia semakin selamat kerana kemungkinan ia jatuh merudum hingga ke 200 mata sepertimana dalam tahun 1997 mungkin akan dapat dielakkan.

Antara faktor luaran kejatuhan baru-baru ini ialah kerana masalah sub prime issues di Amerika Syarikat, masalah kenaikan harga minyak dan ditambah pula dengan kejatuhan nilai matawang Amerika Syarikat dan faktor dalaman pula adalah kerana ketidak stabilan politik negara.

Keadaan ini boleh dikatakan berlaku kira-kira 10 tahun sekali sepertimana yang berlaku di tahun 70an, 85-86, 97-98, dan sekarang 2008-2009. Jadi tidak ada apa yang hendak dihairankan lebih-lebih lagi kalau kita telah bersedia menghadapinya dengan simpanan yang mencukupi.

Kalau dahulu penanam kelapa sawit bersedih kerana harga pasaran yang rendah dan kontraktor binaan bergembira, sekarang keadaannya terbalik kerana harga kelapa sawit telah naik dan kontraktor binaan tak ada job, kalau adapun tak boleh nak untung sebab harga bahan mentah terlalu mahal dan terus-terusan naik.

Janganlah risau kerana every dogs has its days.. Hari merudum diganti dengan hari gemilang kelak dan hari gemilang pula diganti dengan hari merudum memang telah menjadi lumrah alam ini...

Saya rasa the worst is over malah kenaikan telahpun bermula dan mungkin keadaan akan menjadi lebih baik di tahun 2011 nanti. InsyAllah.

Kejatuhan pasaran saham sebenarnya memberi kita peluang untuk membeli kaunter-kaunter yang berkualiti dan murah ataupun bagi tujuan average down untuk merendahkan pukul rata harga belian kita dahulu. Kalau kita lihat kebanyakan pelabur dan yang berforum hanya mahu bercerita tentang saham bila ia naik tetapi berdiam diri bila ia turun sedangkan pelabur yang baik akan bercerita tentang saham bila ia berada pada paras yang rendah kerana mereka boleh membeli saham yang baik dan berkualiti pada harga yang rendah.

Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan pelabur yang kaya. Mereka menunggu peluang untuk membeli pada harga yang rendah dimana orang terpaksa mengikut emosi menjual pegangan saham yang mereka beli pada harga yang tinggi dahulu.

Sepertimana dalam apa juga hal dalam kehidupan kita mesti ikut akal dan buka emosi samalah kalau kita nak beli saham kena ikut akal dan bukan ikut emosi.

Semoga artikel ini membawa manfaat bagi anda. Saya cuma tahu apa yang saya tahu dan tak tahu apa yang saya belum tahu. Kalau anda lebih tahu harap beritahulah.

Sekian dulu,

Faizal Yusup
Ingin tahu lebih lanjut hubungi saya
012 654 0130

PS - Anda suka blog ini? Jadilah follower, komenlah mana yang patut dan tolong saya hebahkan pada semua rakan-rakan anda atau linkkan blog saya ni kepada blog anda okay? Ada banyak manfaat untuk semua. InsyaAllah.

Terima kasih…

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.