Monday, October 3, 2011

Bagaimana Nak Melabur Saham



Kadangkala saya berasa pelik kenapa hingga kini tak ramai orang melayu yang berkecimpung dalam perihal saham ini. Mungkin pelaburan saham ini sama seperti permainan golf yang mana ia hanyalah untuk golongan orang yang berada.

Apapun bila saya fikirkan maka saya rasa ia melibatkan alasan-alasan berikut;

·         Tiada modal / tabungan / duit untuk melabur
·         Phobia / takut dengan pasaran saham
·         Pasaran saham adalah untuk orang kaya
·         Takut rugi
·         Terlalu complicated
·         Tak faham
·         Tak nak tahu
·         Pernah melabur dan mengalami kerugian
·         Dan lain-lain lagi.

Nampaknya keadaan ini saling tak tumpah seperti ketika kita diminta untuk menderma darah umpamanya maka dalam hal ini alasan-alasan ini pula yang timbul.

·         Darah saya kurang
·         Takut jarum
·         Saya tak layak menderma
·         Saya belum makan
·         Takut sakit
·         Darah saya bukan untuk orang lain
·         Dan pelbagai alasan lagi.

Beginilah kisahnya orang melayu orang kita. Begitu banyak alasan untuk gagal, untuk tidak bergerak kerana telah terbiasa berada dalam zon selesa.

Pada masa bangsa lain sudah memulakan perniagaan, kita dah jauh ketinggalan, pada masa bangsa lain dah lama buka bank, kita baru terhegeh-hegeh mahu berbuat demikian. Pada masa bangsa lain telah berjaya dalam sektor perkilangan dan pembuatan, kilang orang kita boleh dikira dengan jari. Kalau dapat pesanan dari luar negara kilang orang kita tak cukup kapasiti untuk mengeluarkan produk permintaan mereka itu. Pada masa orang lain dah maju dalam bidang pelaburan ini orang kita masih jauh ketinggalan di belakang.

Hai orang kita...

Yang peliknya,

Orang kita laju pulak bila bab pelaburan dalam pertaruhan bolasepak, 4 nombor ekor, skim cepat kaya, skim gores dan menang, MLM dan sebagainya. Pantang nampak orang datang pakai kereta mewah, jam dan handphone mewah maka menggelupurlah orang kita ingin jadi seperti mereka. Sanggup bergolok bergadai untuk mendapatkan keuntungan pada kadar segera. Tapi tahukah anda apa yang terjadi seterusnya?

Penutupnya ramai yang telah BERPUTIH MATA kerugian hingga semuanya tergadai tapi masih ramai juga yang masih tak serik-serik.

Kepada anda yang berada di luar sana yang dijodohkan dengan artikel ini, ambillah insiatif untuk memulakan pelaburan saham demi untuk meningkatkan ekonomi keluarga hari ini dan hari yang mendatang di masa tua nanti.

Kalau di ASB kita boleh mendapatkan pulangan dalam lingkungan 8%, buat masa ini di Bursa Malaysia kita boleh membuat keuntungan yang jauh lebih besar dari itu. Bangsa lain pada masa ini sanggup mengeluarkan duit mereka dari Fixed Deposit, menjual saham amanah, tidak membeli hartanah kerana pada masa saya menulis artikel ini pasaran saham begitu panas hingga menyebabkan mereka melabur kerana mereka tahu mereka boleh mendapatkan pulangan yang lebih tinggi di sini.

Fixed deposit hanya boleh memberikan pulangan sebanyan 5% kepada mereka, saham amanah pula telah berada di tahap yang tertinggi disebabkan kenaikan pasaran saham, ASB memberikan puangan sekitar 8%, Hartanah pula boleh memberikan pulangan sekitar 10% setahun berdasarkan lokasi pembelian hartanah tersebut, jadi pada masa ini Pasaran sahamlah tempat mereka menyimpan duit tersebut bagi mendapatkan pulangan yang tertinggi.

Mereka BIJAK mencari tempat pelaburan yang terbaik agar duit mereka membuat duit yang lebih banyak dan dikala Pasaran Saham lembab dan tak bermaya maka mereka akan keluarkan duit tersebut untuk dilaburkan ke dalam FD, Unit saham amanah, hartanah mahupuh perniagaan yang mereka jalankan. Dalam ertikata lain mereka SEDAR akan aspek DUIT dan bagaimana untuk memaksimakan pulangannya tak seperti orang kita.

Oleh yang demikian kalau anda ada modal minima dalam lingkungan RM5,000.00 dan kalau anda tak tahu bagaimana hendak memulakan pelaburan di Bursa Malaysia ini maka jangan malu dan jangan silu hubungi saya Faizal Yusup. Saya akan membantu anda memahaminya. InsyaAllah.

Sekian dahulu buat kali ini.


Faizal Yusup
Remisier
Kenanga Investment Bank Berhad
Quattro West, Ground Floor
No 4 Lorong Persiaran Barat
46200 Petaling Jaya
Selangor DE

Tel : 03 7620 0755
HP : 012 654 0130

Berpengalaman dalam bidang saham sejak tahun 1996
Diploma In Investment Analysis UITM Shah Alam
BBS Finance (Investment) UNL, USA

Hubungi saya untuk keterangan lanjut mengenai pelaburan di Bursa Malaysia pada bila-bila masa.

1 comment:

  1. salam..boleh tak fy beri penjelasan secara detail lagi,tentang bagaimana nak bermula??

    ReplyDelete