Friday, August 5, 2011

SOAL JAWAB PELABURAN SAHAM DI BURSA MALAYSIA


 

1.   Apakah peranan remisier dalam pelaburan? Adakah pelabur akan mendapatkan khidmat nasihat sahaja atau pelabur boleh menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada remisier?

-      Peranan remisier sebenarnya hanyalah memasukkan transaksi pembelian dan penjualan saham. Namun demikian, bagi seorang remisier yang proaktif dia selalunya dapat memberikan khidmat nasihatnya mengenai satu-satu saham yang ingin dibeli. Sebenarnya hanya mereka yang mempunyai kelayakan CFA atau Chartered Financial Analyst yang boleh memberikan saranan saham namun demikian secara tak formal ada juga remisier yang boleh membantu menjaga portfolio saham pelabur. Ia terpulang kepada pelabur tersebut.

Kadangkala ada pelabur yang tak mahu menggunakan khidmat remisier dan lebih suka menjalankan urusniaga melalui online, tapi salah satu masalahnya ialah kesilapan memasukkan transaksi dan risiko kerugian adalah lebih tinggi kerana selalunya pelabur baru tidak berpengalaman dan menjalankan pelaburan tanpa ilmu.

2.   Seandainya saya ingin melabur menggunakan khidmat remisier, apakah caj-caj atau bayaran yang dikenakan?

-      Hanya brokerage yang dikenakan dan  ia standard dalam industri tak kira anda membuka akaun saham di broker yang mana sekalipun. ( Ia tak sampai 1% daripada nilai transaksi. )

3.   Adakah sebarang modal minimum ditetapkan untuk pelaburan saham?

-      Tiada. Kita boleh membeli saham walaupun dengan modal sebanyak RM100.00 sahaja. Tapi saham kecil sebegini lebih tinggi risikonya. Ini kerana sekarang 1 lot dikira berdasarkan 100 unit saham.

4.   Apakah risiko melabur dalam tempoh krisis ekonomi sekarang? Daripada pembacaan di akhbar-akhbar dan pemahaman saya yang cetek, pada masa ini krisis ekonomi yang melanda U.S dan Eropah boleh mempengaruhi pelaburan dan mendatangkan risiko yang sangat tinggi.

-      Itu betul. Bursa Malaysia sudahpun berada pada tahap yang tinggi dan agak jittery kebelakangan ini disebabkan oleh perkembangan di USA dan Eropah namun demikian masih ada saham yang undervalue dan boleh dipertimbangkan.

5.   Bagaimanakah pembahagian keuntungan di antara pelabur dan remisier?

-      Tiada. Remisier hanya mengenakan komisyen tatkala transaksi pembelian mahupun penjualan dibuat.

6.   Adakah sebarang tempoh minimum atau maksimum bagi saya melaburkan duit? Contohnya, duit pelaburan saya hanya boleh dipulangkan semula selepas setahun melabur.

-      Tiada. Kita boleh membeli saham dan menjualnya pada bila-bila masa yang kita mahu. Tapi konsep melabur ialah untuk memegang saham itu untuk satu jangkamasa yang tertentu bergantung kepada objektif pelaburan pelabur tersebut.


Sekian buat kali ini.

No comments:

Post a Comment