Monday, March 21, 2011

IPO MITI - Saham terbitan Awam di MITI

FY sedang memberi ucapan

Pada Ahad 20 Mac 2011 yang baru lalu FY bersama Persatuan Remisier Bumiputera (PRIBUMI) dijemput untuk menjayakan program outreach yang dijalankan di Kota Bharu, Kelantan bertujuan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam Pasaran Modal. Ia dijalankan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu dan menarik lebih 170 penyertaan. Ia dimulakan pada jam 830 pagi dan berakhir pada jam 1 petang serta dirasmikan oleh Dato' Seri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Selain PRIBUMI, Pihak MITI juga menjemput Maybank Investment Bank bagi menerangkan mengenai Pembiayaan Saham yang disampaikan oleh En Azmi, Bursa Malaysia bagi menjelaskan mengenai Pasaran Modal Islam yang disampaikan oleh En Faiz. Pihak PRIBUMI menghantar 4 orang wakilnya iaitu FY dari Kenanga IBB, Tuan Haji Zainal dari Interpac Sec, En. Md Hazrin dari PM Sec dan Puan Hani Raihan dari RHB IB.

Secara umumnya seminar ini menjelaskan bagaimana Peelabur boleh mendapatkan peruntukan Khas saham terbitan awam yang akan disenaraikan melalui MITI. Antara Saham yang telah diperuntukkan adalah Benalec, MHB, Petronas Chemical dan banyak lagi. Kebelakangan ini saham-saham yang disenaraikan ini dibuka dengabn kadar premium yang menguntungkan para pelabur Bumiputera. Buat masa ini ada dua lagi selepas Biolermech Berhad iaitu Prestariang dan UOA Development Berhad yang boleh dipohon oleh pelabur Bumiputera samaada melalui PRIBUMI mahupun terus kepada pihak MITI.

Seterusnya roadshow ini akan menuju ke Kedah dan seluruh Malaysia bagi tujuan yang sama. Ia adalah satu usaha yang baik dengan harapan ia akan dapat meningkatkan penglibatan bumiputera dalam pegangan ekuiti di Pasaran Modal hingga ia mencapai 30% malahan lebih dari itu.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Saham Peruntukan Khas Bumiputera ini hubungi FY, InsyaAllah FY sedia membantu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment