Wednesday, March 23, 2011

Remiser dan masalahnya

FY Menjawab Kajiselidik

Apakah di antara masalah besar anda dalam perniagaan sebagai remisier atau perjawatan sebagai paid dealer?

1. Masalah untuk keluar membuat pemasaran kepada pelanggan kerana kita tak boleh meninggalkan pejabat.
2. Masalah untuk memasukkan transaksi bila kita keluar atau bercuti kerana ketiadaan dealer yang membantu. Kedua-dua masalah ini boleh diselesaikan dengan pengenalan sistem mobiliti remisier.
3. Masalah syarikat yang tidak membantu menyampaikan maklumat terkini kepada pelanggan via email dan sebagainya.
4. Masalah tidak dibenarkan menjalankan transaksi Institusi kerana kekurangan deposit.
5. Masalah kekurangan deposit yang menghadkan perniagaan.
6. Masalah transaksi internet dan persaingan dari broker lain yang menawarkan kadar komisyen yang lebih rendah

Di antara masalah besar di Bursa Malaysia ialah "liquidity of the small capitalized companies". Ada cadangan mengatasinya?

1. Syarikat atau pihak Bursa atau SC perlu buat roadshow untuk meyakinkan pelabur akan syarikat-syarikat kecil yang berpotensi besar.
2. Broker's Research mesti menyenaraikan syarikat sebegini dalam report mereka tidak hanya menumpukan kepada syarikat berjajaran besar.
3. Peranan Media Massa untuk mengetengahkan kisah kejayaan syarikat-syarikat ini.

Apakah cadangan anda bagi meningkatkan keupayaan remisier bumiputera di era liberalisasi sepenuhnya pasaran modal Negara?

1. Membenarkan mobiliti remisier supaya para remisier dapat bertemu pelanggan.
2. Pendidikan yang berterusan.
3. Menjadikan remisier bumiputera bergerak secara berkumpulan.
4. Membenarkan kumpulan-kumpulan remisier ini menjalankan urusniaga institusi.
5. Satu avenue untuk berkongsi maklumat dan ilmu pengetahuan perlu diadakan secara formal.

Lain-lain Komen

SC, pihak syarikat mahupun media massa perlu menjalankan pendidikan / training kepada pelabur bermula dari pendidikan yang termudah. Ini kerana terdapat kelompongan dalam pendidikan pelaburan sejak sedekad lalu disebabkan kekurangan Remisier baru di pasaran. Average umur remisier adalah 47 tahun dan ini tidak membantu untuk menarik pelabur yang lebih muda.

Dalam hal ini ramai pelanggan yang berpotensi untuk melabur tidak tahu apa-apa mengenai pelaburan saham. Keadaan Bursa yang tidak vibrant juga merupakan salah satu faktor.

Bagaimana kita ingin mengajar peringkat tertinggi dalam pelaburan bila kebanyakan pelanggan yang saya temui tidak tahu perkara asas dalam pelaburan.

Malaysia dan pasaran saham berada di tahap pengetahuan yang tinggi dan cuba mengikut kemajuan negara barat sedangkan masyarakat umumnya ketinggalan jauh lantas menjauhkan diri dari pelaburan saham kerana tak tahu apa-apa mengenainya.

Antara sebab kenaikan saham di tahun 1993 ialah kerana penglibatan pelabur runcit disebabkan pelbagai faktor antaranya ;

- T+7 atau lebih yang membolehkan pelabur bermain saham kontra
- Tiada masalah limit menggunakan sistem SCORE
- Penyenaraian yang lebih menawarkan saham kepada public
- Sindiket di pasaran
- Ramainya remisier
- Banyaknya mass media coverage
- dll lagi.

Bila Bursa semakin matang maka lebih banyak control measures diletakkan hingga ia menjadi begitu stringent dan ini sebenarnya menjauhkan pelabur runcit memasuki pasaran.

Mungkin banyak yang saya katakan tadi perlu namun pada saya penyenaraian syarikat perlu kembali menawarkan lebih banyak saham kepada pelabur runcit kalau dibandingkan kepada Institusi. Ini membolehkan mereka mendapatkan hands on practical dalam pelaburan saham dan dengan ini membolehkan mereka belajar dan memahami akan sistem pelaburan secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.